Monday, October 20, 2008

rakamancompere@J U L I A Z I E G L E R ' S

Team Layar Seni telah mengadakan rakaman seterusnya bersempena episod bulan aidilfitri di rumah terbuka pelakon/model Julia Ziegler...



Krew kamera ARAB bersungguh-sungguh memberi rakaman yang terbaik... Manakala WSA (ditengah) diapit oleh pelakon utama Sumpahan Orang Minyak, Jobot Maheran dan pelakon /model Julia Ziegler.

Julia menjawab persoalan tentang filem bertemakan hari raya...

Turut hadir pelakon Bell Ngasri, Pengarah Fotografi Indra Che Muda dan Pengacara gossip Azwan Ali.
Krew bertugas... Arab dan juga Abe Din (stringer)



Saturday, October 4, 2008

s a l a m i d u l f i t r i

Salam aidilfitri dan maaf zahir batin dari Team Layar Seni...

Masuk hari ketiga kita beraya, tak kira di kampung, di kota atau di tempat bekerja... kemeriahannya tetap dirasai...

Bersempena dengan hari lebaran yang mulia ini, Team Layar Seni mengambil kesempatan untuk menerbitkan episod istimewa aidilfitri layar seni khas untuk para peminatnya...

Kali ini peminat berpeluang untuk menziarahi seniman atau tokoh pelakon tersohor iaitu saudara M.Rajoli...

Layar seni telah menziarahi beliau di kediamannya di Keramat AU3 untuk bertanyakan khabar dan menyampaikan sumbangan hari raya bersempena dengan sambutan hari raya yang mulia ini...

Saudara M.Rajoli yang keadaan kesihatannya yang semakin pulih ditemani mesra oleh dua orang isterinya iaitu Kak Mah dan Kak Wan Chik...

Beliau yang sebelum ini menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur unit neurologi akibat menghidapi kanser kelenjar otak atau Lymphoma kini menunjukkan tahap peningkatan kesihatannya yang semakin positif...

Beliau ketika itu kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang seketika untuk menerima rawatan susulan...

Kini M.Rajoli kembali bersama keluarga dikediamannya masih perlu menjalani rawatan fisioterapi selama 3 kali seminggu di BAINS PHYSIO di Taman Melawati atas nasihat pakar untuk terus kembali sihat...

Pihak Layar Seni dan RTM mendoakan agar M.Rajoli akan terus sejahtera dan dapat meneruskan kehidupan seninya seperti sediakala...

Team Layar Seni yang membuat liputan episod aidilfitri kali ini ialah W.S.A, Vindren, Safuan dan Khairi...

Salam aidilfitri dari Layar Seni... Cerita Hiburan Anda...

Sunday, September 28, 2008

r e c o r d i n g c o m p e r e @Lemon


Rakaman compere bertarikh 26 Sept 2008 di restoran Lemon Mines Shopping Mall bersama dengan Penerbit Filem MIG Production, Mr. David Teo...
Team Layar Seni yang bertugas pada hari tersebut ialah saudara Arab dan Abedin (Stringer)...
David turut menjamu tetamu dari pihak media sempena majlis berbuka puasa dengan menu buffet yang cukup enak dan mengenyangkan...
Turut hadir memeriahkan majlis, Wartawan Shahzan, orang-orang kuat Finas dan teman-teman wartawan hiburan...
Rakaman ini bersempena Layar Seni episod menyambut raya yang bersiaran pada Ahad 28 Sept 2008...

Saturday, September 27, 2008

b u k a p u a s a KPKKW



Dari kiri: Amir, W.S.A, Meor, Shahzan dan Saiful



Team Layar Seni bersama Saudara Meor; orang kuat a.k.a Pegawai Khas Datuk Seri Hj. Shafie Afdal, Menteri KPKKW


Majlis berbuka puasa kementerian perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan bersama media

Lokasi: Muzium Negara, KL

S e l a m a t D a t a n g

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Syukur alhamdulillah... Akhirnya Layar Seni berpeluang untuk turut sama berkongsi cerita di sebalik tabir setiap pembikinannya...

Penonton dan peminat kali ini dapat mengikuti dengan lebih dekat perkembangan aktiviti Team Layar Seni dalam menyediakan paparan yang akan disiarkan pada setiap hari Ahad kita bersiaran...

Untuk pengetahuan umum... Layar Seni merupakan sebuah program berdurasi 15 minit berkonsepkan 'News Magazine Shows' yang membuat liputan aktiviti menjurus kepada dunia Seni dan Hiburan di seluruh negara...

Layar Seni bersiaran pada setiap hari Ahad bersama dalam slot Warta 1 tengahari iaitu sejurus selepas segmen info sukan...

Sehingga kini, antara pengacara yang pernah menerajui segmen Layar Seni termasuk DJ radio popular KLFM iaitu DJ Hezry dan Wartawan Penyiaran Warta Serumpun RTM Intan Ghazali...

Tahun 2008 bakal menjanjikan pendekatan yang lebih menarik dalam mode penceritaan 'fast & relax' bersama dengan Team Layar Seni yang lebih 'funky & happening'...

Kali ini Layar Seni diterajui oleh pengacara baru yang juga merupakan Wartawan Penyiaran Meja Hiburan Pusat Berita RTM iaitu Wan Syahrul Amry Wan Mansor yang memiliki lebih 4 tahun pengalaman dalam industri Seni & Hiburan tanahair...

Dibawah pengelolaan dan nasihat Ketua Pemberita Puan Noriani Idris, Pengarang Wan Sandari dan Wartawan Kamarool Anuar, Layar Seni mula diberi ruang untuk bereksperimentasi dalam memecah tradisi gaya penceritaan dan pemberitaan yang terlalu "RTM".

Namun, sebagai medium perantara antara Kerajaan dan Masyarakat... tugas menyampaikan informasi hiburan (infotainment) tetap dilakukan dengan penuh bertanggungjawab serta berlandaskan dasar-dasar yang membangun dan membina...

Sebagai salah satu lagi wadah penyampai maklumat, Layar Seni berharap, teman-teman lain seperti Melodi, Galaxy, Ria Sentral dan rakan-rakan majalah hiburan dapat bekerjasama dalam mengangkat Industri Seni & Hiburan negara.

Akhir kata... Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin membuka tirai Layar Seni di dunia maya...

Kepada para peminat & penonton, semoga Layar Seni menjadi teman baru anda yang istimewa...

Layar Seni... Cerita Hiburan Anda...

-W.S.A.