Sunday, November 28, 2010

Hafiz dan Heliza Profesional

"Mereka akan melakukan satu kolaborasi. Kisah hubungan mesra mereka hanya sekadar gosip."

Dua penyanyi muda berbakat ini dilihat sedang minum bersama-sama di sebuah restoran di Kuala Lumpur ditemani PR salah seorang dari mereka.

Ditemui pada jam 2 pagi itu mungkin perkara biasa untuk dua artis yang sedang dalam perancangan perniagaan dan projek lagu kolaborasi.

Mungkin perbincangan ini berlaku selepas mereka selesai membuat rakaman di studio.

Apa-apa pun penyanyi dan komposer harapan, Hafiz Hamidun dan bekas pelajar AF, Haliza ini dilihat berbual secara profesional.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 24, 2010

Mizz Nina kembali jadi DJ radio?

Selepas menang anugerah 'Flava' di Shout Awards, namanya semakin disebut-sebut. Tunangan Noh dari Kumpulan Indie Popular Hujan ini juga turut dikaitkan dengan cerita tawaran lumayan untuk menjadi penyampai radio di stesen radio terkenal.

"Saya pernah menjadi penyampai ketika bersama stesen radio Redifussion dan kini saya masih ditawarkan untuk menjadi penyampai di stesen radio terkenal."

"Tapi saya masih mempertimbangkan tawaran tu," ujar Mizz Nina ketika rakaman carta Suria 20 kelolaan Zaff Zafrina.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 19, 2010

Ryan Seacrest Malaysiakah?

Ada iras Edry dari kumpulan KRU juga muka brader kita ni bila sekali pandang. Beliau merupakan pengacara serba boleh yang namanya semakin utuh di persada seni negara.

Ramai rakan industri memperkatakan Awal Ashaari adalah jelmaan Ryan Seacrest versi Malaysia. Sejauh mana kebenaran itu kenalah tanya Awal sendiri.

Jolokan itu dihebahkan kerana kebolehannya dalam pelbagai bidang dalam industri seni itu sendiri. Selain pengacara, Awal merupakan seorang pelakon, penyanyi dan mungkin bakal mencuba jadi DJ radio pula.

All the best untuk Awal.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 8, 2010

Tasha rakam single di Indonesia

Model, pelakon, pengacara dan penyanyi Natasha Hudson, kini aktif mengembangkan bakat nyanyiannya.

Single terbaru berjudul 'Benci Kamu' dirakamkan bersama kumpulan "Masiyo" akan disiapkan penghujung tahun ini.

Selain itu Tasha kini aktif berlakon untuk sinetron di negara seberang Indonesia.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.