Friday, August 27, 2010

Linda Onn dan Ferrari

Selepas memiliki motosikal berkuasa besar unik dari Canada bergelar Spyder, Linda kini memasang impian untuk membeli sebuah kereta sport baru.

"I pernahlah bercita-cita nak beli Ferrari, tapi tak mungkinlah sampai tahap tu lagi," tegasnya yang juga memberitahu kereta mahal tersebut kini boleh dimiliki dengan harga RM400k sahaja.

Masih merahsiakan model kereta yang akan dimilikinya, Linda berkata, warna mestilah hitam dan nombor plat pasti seragam dengan kenderaan terdahulu.

"Kereta ni bukan Ferrari tapi dia boleh buka bumbung dan boleh ada bumbung."

Linda bersiaran dari jam 4 hingga 8 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat di Suria FM Suria Drive.

Sent via BlackBerry from Maxis

Lotter kemaruk Facebook

Lotter P. Edwin Edin, bekas naib johan Akademi Fantasia musim ke 4 kini sedang tekun membangunkan laman popular FB dirinya dan juga kugiran adik beradiknya The Divine Master's.

"Aku ni buta IT sikit, so tak berapa faham istilah komputer, tapi aku cuba sendiri ni," ujar jejaka berumur 28 tahun yang berasal dari Membakut, Sabah.

"Dalam lepas raya ni siap kami punya page, dengan profil, artikel juga klip video lama dan terkini."

Lotter kini berpasangan dengan DJ Othoe mengendalikan segmen Suria KK Suria FM.


Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, August 26, 2010

Heliza Helmi: Saya nak jadi pakar motivasi

Baru saja menamatkan pengajiannya di UMS dalam jurusan pendidikan terus saja menubuhkan sebuah syarikat bergelar Heliza Helmi Production.

Antara artis di bawah naungan HHP ialah Isma AF, Herman Tino, Arlyn Hafiz dan dirinya sendiri.

Heliza juga berhasrat untuk menerbitkan filem berunsur komedi islamik dan komedi seram melalui syarikatnya.

Selain bidang hiburan, Heliza kini rancak mengadakan ceramah motivasi untuk pelajar sekolah dan universiti.

"Saya berhasrat nak jadi macam Dato' Fadzilah Kamsah, sentiasa bagi motivasi dan saya juga tengah bersiap nak buat penulisan buku, juga motivasi," ujar Heliza di majlis berbuka puasa Suria FM.

Sent via BlackBerry from Maxis

Nashrin Mystar LG 2

Masih bernaung bersama Warner Music, Nashrin cukup selesa berkerja di bawah jagaan Abang Mokh.

Kini baru saja selesai menyiapkan mini album dan mempertaruhkan track pertama, Fobia Cinta yang dijangka menemui pendengar lepas aidilfitri.

"Bulan puasa saya sibuk dengan jemputan majlis berbuka anjuran rakan media dan badan penyiaran sekitar Kuala Lumpur," ujarnya pada layarseni.

Aidilfitri nanti saya aka beraya di Penang, kerana semua keluarga berada di sana," tambahnya yang kini hanya bercinta dengan album barunya berjudul "Nashrin".


Sent via BlackBerry from Maxis

Suria FM dan artis rai anak yatim

Majlis berbuka puasa bersama anak anak yatim Rumah Siraman Kasih anjuran Suria FM dan Swiss Garden Hotel & Residences, KL berjalan dengan meriah sekali.

Acara menyampaikan duit raya disampaikan oleh COO Suria FM dan Red FM Encik Azrullah dan diiringi oleh Naibnya iaitu Encik Yusry Abu Samah.

Antara artis yang hadir ialah One Nation Mc, Shah Slam, Altimet, Mirwana, UNIC, Sheila Abdul, Rini AF, Heliza AF dan Lufya AF.

Sent via BlackBerry from Maxis

Altimet: single terbaru bersama Noh Hujan lepas raya

Baru saja selesai merakamkan single bersama Noh vokalis, Altimet berkongsi cerita mengenai anak kesayangannya seorang putera dan puteri yang nakal tapi baik.

Begitu bangga dengan anaknya yang dibilang 'naughty' tapi cute.

"Tentang single terbaru, judulnya ialah Kotarayaku. Kali ni saya lebih teliti melakukannya. Walaupun sebelum ni saya sekadar cincai sahaja."

Ujarnya dia tidak sabar untuk melancarkan single ini kerana menantikan sambutan dan reaksi dari peminat.


Sent via BlackBerry from Maxis

Majlis Berbuka Puasa Suria FM

Majlis Berbuka Puasa Suria FM

 

Bertempat di,

Grand Hibiscus Ballroom, Level 3,

Swiss-Garden Hotel & Residences, 117 Jalan Pudu

55100 Kuala Lumpur.

 

Pada,

Khamis, 26 Ogos 2010

 

Jam,

6.00 petang – 10.00 malam

 

 

 

Seramai 45 orang Anak Yatim/Miskin Rumah Siraman Kasih turut dijemput untuk diraikan bersama di dalam majlis itu nanti dengan persembahan dari artis-artis terkenal tanah air seperti One Nation Emcees, Nubhan dan ramai lagi serta penyampai Suria FM sendiri.

Wednesday, August 25, 2010

Pelakon Santau niaga Bundle

Puteri Mardiana merupakan artis MIG yang masih terus menyambung kontrak berlakonnya. Ketika ditemui di majlis iftar MIG, Puteri memberitahu dia juga aktif berniaga pakaian bundle di Kg. Baharu KL.

"Nama kedai I ialah Red Web, jemputlah datang nanti. Saya sentiasa berada di situ sampai sahur," ujarnya yang begitu tekun berniaga sempena raya ini.

Pelakon filem Santau terbitan MIG ini memberitahu dia juga sibuk dengan drama Kelembai untuk slot Lagenda di TV3. Kepada mereka yang berasal dari Setiawan, nantikanlah kepulangan Puteri sempena hari raya nanti.
Sent via BlackBerry from Maxis

David Teo rai media lagi

Semoga murah rezeki beliau. Produser terkenal MIG yang juga kecoh denga isu ahli perbadanan Finas tidak jemu meraikan rakan media sempena bulan ramadhan.

Kali ini majlis yang dihadiri 60 rakan media diadakan dengan meriahnya di restoran Tupai Tupai KL.

Antara artis yang hadir termasuk Lisa Surihani, Intan Ladyana dan Puteri Mardiana.
Sent via BlackBerry from Maxis

Lambaian akhir Anne HotFM buat teman

Ramai peminat sudah terdengar kisah penyampai stesen radio Hot FM yang akan ke negara timur tengah setelah mendirikan rumahtangga.

Kisahnya, pengorbanan gadis kecil molek ini dalam karier pengacaraan di Malaysia adalah demi mengikut suami yang bertugas di sana.

Antara tanggungjawab isteri yang insyaallah dijanjikan syurga kerana patuhnya pada suami.

Dan foto ini diambil oleh teman rapatnya Leya yang turut bersama mengiringi Anne dan suami di KLIA.

Last tweet before Anne and Nik flyaway and my batt dies... "Hanya Kerana Cinta, ku melangkah pergi..." http://tweetphoto.com/41108230
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, August 24, 2010

Nessa helena dan natasha liana

Gambar terkini pelakon siri Duyung Adrinata yang cukup popular di slot drama TV3. Siapa tak kenal Natasha Liana Hudson atau dipanggil mesra teman teman sebagai Tasha.

Dengar khabar beliau sibuk untuk penggambaran drama di sekitar ibukota. Sehinggakan terdengar keluhannya yang kurang selesa kerana terpaksa berbuka di lokasi.

Nak buat macamana Tasha, dah nama tanggungjawab sebagai pelakon. Terpaksalah berkorban sebab waktu penggambaran tu pun terlanggar waktu berbuka puasa.

Semenjak bersendirian, bekas Datin ini mungkin terpaksa menyusun kembali jadual dan rutin hidupnya. Maka terpaksalah beliau membiasakan dirinya dengan dunia marhaein pelakon kembali.
Sent via BlackBerry from Maxis

Rakaman raya Datuk Siti Nurhaliza

Mesti meriah suasananya. Apa tidaknya, lihat saja barisan artis yang menyertai rakaman ini. Rakaman raya yang diadakan di kediaman Datuk Siti Nurhaliza ini disertai oleh rakan artis seperti Linda Onn, Nabil, Lisa Surihani dan juga Aizat.

Sudah menjadi trend hari ini bila artis meraikan teman teman dengan jamuan yang cukup meriah. Rakaman ini pula diadakan pada bulan puasa, terpaksalah berlakon raya walaupun perut teringin nak jamah kuih tersedia.
Sent via BlackBerry from Maxis

Ramadhan Selebriti 2010

Kemeriahan yang cukup dirasakan. Selebriti tanahair aktif meraikan anak anak yatim dalam mengejar pahala dan amal sepanjang bulan yang mulia ini.

Tidak lupa pada organisasi dan syarikat yang turut melibatkan diri menyumbang sebagai penaja. Dengan niat beramal mereka juga dilihat sebagai menjalankan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Malah ada yang hadir dengan rancangan menarik bagi memeriahkan penghulu segala bulan ini. TV3 kreatif dengan program sahur, Astro dengan majlis berbuka juga RTM dengan majlis meraikan anak yatim bersama FINAS.

Layar Seni mengharapkan ramadhan kali ini akan dipenuhi dengan aktiviti berfaedah dari seluruh industri hiburan tanahair.

####
Sent via BlackBerry from Maxis