Sunday, September 28, 2008

r e c o r d i n g c o m p e r e @Lemon


Rakaman compere bertarikh 26 Sept 2008 di restoran Lemon Mines Shopping Mall bersama dengan Penerbit Filem MIG Production, Mr. David Teo...
Team Layar Seni yang bertugas pada hari tersebut ialah saudara Arab dan Abedin (Stringer)...
David turut menjamu tetamu dari pihak media sempena majlis berbuka puasa dengan menu buffet yang cukup enak dan mengenyangkan...
Turut hadir memeriahkan majlis, Wartawan Shahzan, orang-orang kuat Finas dan teman-teman wartawan hiburan...
Rakaman ini bersempena Layar Seni episod menyambut raya yang bersiaran pada Ahad 28 Sept 2008...

Saturday, September 27, 2008

b u k a p u a s a KPKKW



Dari kiri: Amir, W.S.A, Meor, Shahzan dan Saiful



Team Layar Seni bersama Saudara Meor; orang kuat a.k.a Pegawai Khas Datuk Seri Hj. Shafie Afdal, Menteri KPKKW


Majlis berbuka puasa kementerian perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan bersama media

Lokasi: Muzium Negara, KL

S e l a m a t D a t a n g

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Syukur alhamdulillah... Akhirnya Layar Seni berpeluang untuk turut sama berkongsi cerita di sebalik tabir setiap pembikinannya...

Penonton dan peminat kali ini dapat mengikuti dengan lebih dekat perkembangan aktiviti Team Layar Seni dalam menyediakan paparan yang akan disiarkan pada setiap hari Ahad kita bersiaran...

Untuk pengetahuan umum... Layar Seni merupakan sebuah program berdurasi 15 minit berkonsepkan 'News Magazine Shows' yang membuat liputan aktiviti menjurus kepada dunia Seni dan Hiburan di seluruh negara...

Layar Seni bersiaran pada setiap hari Ahad bersama dalam slot Warta 1 tengahari iaitu sejurus selepas segmen info sukan...

Sehingga kini, antara pengacara yang pernah menerajui segmen Layar Seni termasuk DJ radio popular KLFM iaitu DJ Hezry dan Wartawan Penyiaran Warta Serumpun RTM Intan Ghazali...

Tahun 2008 bakal menjanjikan pendekatan yang lebih menarik dalam mode penceritaan 'fast & relax' bersama dengan Team Layar Seni yang lebih 'funky & happening'...

Kali ini Layar Seni diterajui oleh pengacara baru yang juga merupakan Wartawan Penyiaran Meja Hiburan Pusat Berita RTM iaitu Wan Syahrul Amry Wan Mansor yang memiliki lebih 4 tahun pengalaman dalam industri Seni & Hiburan tanahair...

Dibawah pengelolaan dan nasihat Ketua Pemberita Puan Noriani Idris, Pengarang Wan Sandari dan Wartawan Kamarool Anuar, Layar Seni mula diberi ruang untuk bereksperimentasi dalam memecah tradisi gaya penceritaan dan pemberitaan yang terlalu "RTM".

Namun, sebagai medium perantara antara Kerajaan dan Masyarakat... tugas menyampaikan informasi hiburan (infotainment) tetap dilakukan dengan penuh bertanggungjawab serta berlandaskan dasar-dasar yang membangun dan membina...

Sebagai salah satu lagi wadah penyampai maklumat, Layar Seni berharap, teman-teman lain seperti Melodi, Galaxy, Ria Sentral dan rakan-rakan majalah hiburan dapat bekerjasama dalam mengangkat Industri Seni & Hiburan negara.

Akhir kata... Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin membuka tirai Layar Seni di dunia maya...

Kepada para peminat & penonton, semoga Layar Seni menjadi teman baru anda yang istimewa...

Layar Seni... Cerita Hiburan Anda...

-W.S.A.