Tuesday, October 25, 2011

Kekasih baru Nabil

Setelah berpisah dengan Kawasaki Z1000, Juara Raja Lawak musim ke 2 terbitan Astro ini kini sudah ada penggantinya.

Kekasih barunya yang bernama Ducati Hypermotad kini menjadi pasangannya yang paling setia ke mana saja Nabil pergi.

Terkini, Nabil sangat aktif menyertai 'ride' anjuran Kelab-kelab Motorsikal berkuasa besar di ibunegara.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 9, 2011

Fizo Omar jadi DJ Radio

Tengah hangat dengan drama bersiri Soffiya di TV3 sekarang ini, anak kelahiran Pasir Puteh Kelantan ini mula berjinak-jinak nak jadi DJ Radio.

Tampil sebagai Selebriti jemputan segmen Breakfast@Suria Suria FM, Fizo turut berseloroh untuk menjadikan DJ Radio sebagai karier tetapnya.

"Saya dah cuba semua, model, pengacara dan pelakon, apa salahnya saya nak jadi DJ Radio pula," ujarnya selepas tamat ke udara bersama tiga penyampai utama Breakfast@Suria iaitu Halim Othman, Shiera dan Zizi.

Rasanya, ini masa yang sesuai untuk Hot FM merisik beliau kerana kebetulan radio hangat tersebut sedang mencari penyampai yang juga boleh bertutur dalam dialek pantai timur.

Good luck untuk semua!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, May 21, 2011

Mustafa Vokalis Debu: Puisi berlagu lebih diterima orang muda berbanding ceramah

Kumpulan Debu sangat terkenal di Indonesia. Memilih world music sebagai genre adalah kena dengan jiwa mereka dalam menyampaikan mesej berunsur kerohanian.

Mustafa, pengasas dan penyanyi utama Kumpulan Musik Debu ini memberitahu, ayahnya merupakan pendakwah di Indonesia, namun baginya dakwah dalam puisi dan syair lebih mudah diterima oleh golongan muda di sana.

"Keluarga kami berasal dari New York dan kini berpindah dan menetap di Jakarta. Kami tiada asas bermain muzik tetapi kerana minat ianya semakin mudah," ujarnya yang mencintai alat muzik Gambus selain fasih berbahasa melayu Indonesia.

Kumpulan Debu kini semakin menempa nama di Malaysia selepas menyertai Konsert Islamic Song Festival pada April 2011. Selain terkenal di seluruh dunia, mereka juga dalam rangka perancangan bersama badan korporat tempatan untuk mengadakan Konsert Jelajah Malaysia dalam masa terdekat.

Maklumat lanjut layari www.musikdebu.com

Sent by Maxis from my BlackBerry®

Marcell hargai Malaysia

Dalam rangka promosi album terbarunya yang berjudul 'and the story continues...' musisi, penyanyi dan aktor kelahiran Bandung ini berkongsi pengalaman kariernya yang nyata mendapat sambutan menggalakkan juga di Malaysia.

"Malaysia is a beautiful country dan kerjasama kerjaya saya juga sangat selesa di sini," ujar suami aktor Rima Melati yang nama penuhnya Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan.

Beliau turut aktif berkomunikasi bersama peminatnya melalui laman twitter dengan kata nama @mkhshn

Marcell juga sempat berkongsi ilmu 'martial art' bersama Zizi yang juga memiliki minat yang sama ketika temubual oleh Kerinting 3 dalam segmen Breakfast@suria.

Sent by Maxis from my BlackBerry®

Amir Raja Lawak tepu hinaan

"Boo..." "Buat-buat mati jer Mir" Itu antara lafaz laungan penonton rancangan terbitan Astro yang semakin mendapat sambutan, Maharaja Lawak terhadap peserta dari Kelantan Amir yang merupakan peserta 'favourite' kejian.

Namun bagi pemuda 23 tahun yang berasal dari Kubang Kerian ini, semua itu sudah tepu baginya dan tidak pernah mematikan semangatnya untuk terus bertahan dalam industri hiburan.

"Saya paling ingat pujian Kak Fauziah Nawi ketika dia menjadi juri," ujar Amir dalam sesi temubual rancangan pagi di Suria FM bersama penyampai Halim Othman, Zizi dan Shiera.

Tidak pernah mengenang hinaan peminat, tetapi sentiasa mengambil nasihat rakan artis lebih senior merupakan perangsang untuk Amir yang kini sibuk dengan penggambaran drama dan filem di sekitar Kuala Lumpur.



Sent by Maxis from my BlackBerry®

Wednesday, April 13, 2011

Man Juara Raja Lawak 5 akui lawaknya tidak menjadi

Menerusi perbualan telefon bersama Layar Seni, Man mengakui persembahannya pada episod ke 2 Maharaja Lawak tidak menjadi dan entah apa-apa.

Katanya dia merasa amat sedih kerana tidak menyangka persembahannya pada malam tersebut tidak mendapat sambutan yang baik dari penonton.

"Dengan props dan make-up yang ada, ianya tidak membantu tetapi sebaliknya melemahkan semangat saya," ujarnya.

Dengarkan Man yang akan bersiaran ke udara dalam siaran Breakfast@suria bersama Halim Othman pada Jumaat 15 April 2011 bermula jam 7 pagi.

Sent by Maxis from my BlackBerry®

Yus dan Taukeh (Jambu Maharaja Lawak) angkat taraf lawak Malaysia

Itulah komen dari pengarah tersohor Mamat Khalid pada persembahan Kumpulan Jambu pada Maharaja Lawak episod ke dua yang berlangsung di Studio Finas baru-baru ini.

Ujar Mamat, Jambu berjaya membawa penonton menghayati situasi komedi yang dilakonkan mereka dengan penuh perasaan tetapi kelakar.

Secara keseluruhan Maharaja Lawak dilihat sebagai pertandingan yang lebih mencabar di mana bekas-bekas pemenang Raja Lawak dipertemukan dan bertarung menunjukkan kehebatan mereka yang akan dinilai oleh peminat setia melalui sms.

Sent by Maxis from my BlackBerry®

'Wan Kaswi' Hantu Kak Limah Balik Rumah ceburi bidang radio

Azwan Annuar yang bakal menjadi watak utama sambungan filem HKLBR yang berjudul 'Usop, Mon dan Jin Pakai Toncet' kini mula berjinak-jinak dengan dunia radio.

Bermula dengan membuat rakaman promo untuk stesen radio yang meningkat naik itu, Azwan kelihatan amat bersungguh-sungguh sekali.

"Beginilah masa mula berlakon dengan Abang Mamat (Mamat Khalid) hari tu, tolong-tolong jer, sekali terus jadi watak utama dan terus popular," ujar Azwan yang kini sibuk dengan drama dan jemputan ke majlis bertemu peminat.


Sent by Maxis from my BlackBerry® (pin 21BEEC15)

Wednesday, January 12, 2011

Senarai penuh Top 5 untuk kategori-kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian adalah:

1. Pengacara TV Lelaki Popular
1. Ally iskandar
2. Awal ashaari
3. Aznil nawawi
4. Jimmy shanley
5. Zizan

2. Pengacara TV Wanita Popular
1. Sheryl samad
2. Farah fauzana
3. Nurul syuhada
4. Raja azura
5. Sharifah shahira

3. Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Aznil nawawi
2. Faizal ismail
3. Halim othman
4. Kieran
5. Saleh yaakob

4. Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby fana
2. Farah fauzana
3. Linda onn
4. Raja azura
5. Sharifah aleya

5. Artis Komedi Lelaki Popular
1. Along
2. Angah
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan

6. Artis Komedi Wanita Popular
1. Didie Alias
2. Kenchana dewi
3. Norkhiriah
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahera

7.Artis Baru Lelaki Popular
1. Daus
2. Maulana
3. Sharnaz Ahmad
4. Shah Jazlee
5. Shahir

8. Artis Baru Wanita Popular
1. Adira
2. Ana Raffali
3. Mizz nina
4. Dottie
5. Nurul elfira loy

9.Kumpulan Nasyid Popular
1. Hijaz
2. In Team
3. Mirwana
4. Rabani
5. Raihan

10. Duo & Berkumpulan Popular
1. Sixth Sense
2. Suhaimi Meor hassan & Ana Raffali
3. Bunkface
4. Meet uncle hussin
5. Azlan & The Typewriter

11.Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Anuar Zain
3. Black
4. Faizal tahir
5. Shahir

12. Penyanyi Wanita Popular
1. Adira
2. Alyah
3. Ana rafali
4. Stacy
5. Yuna

13.Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Bront palare
3. Remy ishak
4. Syamsul yusuf
5. Shaheizy sam

14. Pelakon Filem Wanita Popular
1. Diana danielle
2. Lisa surihani
3. Lyana jasmay
4. Maya karin
5. Scha al yahya

15.Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron aziz
2. Ady putra
3. Fizz fairuz
4. Remy ishak
5. Shaheizy sam

16. Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha sandha
2. Norkhiriah
3. Lisa surihani
4. Scha al yahya
5. Tiz Zaqyah

Sent from my BlackBerry®