Wednesday, April 13, 2011

Man Juara Raja Lawak 5 akui lawaknya tidak menjadi

Menerusi perbualan telefon bersama Layar Seni, Man mengakui persembahannya pada episod ke 2 Maharaja Lawak tidak menjadi dan entah apa-apa.

Katanya dia merasa amat sedih kerana tidak menyangka persembahannya pada malam tersebut tidak mendapat sambutan yang baik dari penonton.

"Dengan props dan make-up yang ada, ianya tidak membantu tetapi sebaliknya melemahkan semangat saya," ujarnya.

Dengarkan Man yang akan bersiaran ke udara dalam siaran Breakfast@suria bersama Halim Othman pada Jumaat 15 April 2011 bermula jam 7 pagi.

Sent by Maxis from my BlackBerry®

Yus dan Taukeh (Jambu Maharaja Lawak) angkat taraf lawak Malaysia

Itulah komen dari pengarah tersohor Mamat Khalid pada persembahan Kumpulan Jambu pada Maharaja Lawak episod ke dua yang berlangsung di Studio Finas baru-baru ini.

Ujar Mamat, Jambu berjaya membawa penonton menghayati situasi komedi yang dilakonkan mereka dengan penuh perasaan tetapi kelakar.

Secara keseluruhan Maharaja Lawak dilihat sebagai pertandingan yang lebih mencabar di mana bekas-bekas pemenang Raja Lawak dipertemukan dan bertarung menunjukkan kehebatan mereka yang akan dinilai oleh peminat setia melalui sms.

Sent by Maxis from my BlackBerry®

'Wan Kaswi' Hantu Kak Limah Balik Rumah ceburi bidang radio

Azwan Annuar yang bakal menjadi watak utama sambungan filem HKLBR yang berjudul 'Usop, Mon dan Jin Pakai Toncet' kini mula berjinak-jinak dengan dunia radio.

Bermula dengan membuat rakaman promo untuk stesen radio yang meningkat naik itu, Azwan kelihatan amat bersungguh-sungguh sekali.

"Beginilah masa mula berlakon dengan Abang Mamat (Mamat Khalid) hari tu, tolong-tolong jer, sekali terus jadi watak utama dan terus popular," ujar Azwan yang kini sibuk dengan drama dan jemputan ke majlis bertemu peminat.


Sent by Maxis from my BlackBerry® (pin 21BEEC15)