Thursday, September 23, 2010

Nabil Ahmad: Steve Irwin versi Malaysia

"Saya tak pernah mimpi jadi pengacara binatang, nak pulak untuk rancangan istimewa terbitan penerbitan antarabangsa National Geographic," ujar Juara Raja Lawak ke 3 ini.

Sambil berjenaka, Nabil memberitahu ke semua binatang yang akan ditemuramah adalah berasal dari Kuala Lumpur.

Katanya kepada layarseni dia rasa dah macam mendiang Steve Irwin pulak kena bercakap dengan binatang. Tapi ia cukup teruja untuknya memulakan penggambaran hujun Oktober nanti.

Kepada peminat Nabil, perkembangan aktiviti hariannya boleh di ikuti di aplikasi terkini dari maxis yang diberi nama tweet2me.

Sent via BlackBerry from Maxis

Nurul Wahab dan Halim?

Meriah mendengar perbualan bekas isteri komposer terkenal Ajai bersama penyampai radio Suria FM dalam segmen Breakfast at Suria.

Memetik perbualan mereka, Nurul Wahab yang kini rancak mempromosikan dirinya sebagai penyanyi solo tidak pernah tidak membuatkan Halim Othman 'blushing'

"Saya sentiasa 'blushing' bila bertemu Nurul," ujar Halim ketika menemuramah Nurul dalam rancangan Selebriti Room, Breakfast at Suria FM.

'Andaiku mengenaliku' merupakan track terbarunya kini boleh didengari di Muzik Terbaik 90an dan Terbaru Suria FM.

Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, September 21, 2010

Ahmad Dhani bukan Pornstar

Inilah gaya atau pemikiran di luar kotak yang terdapat di setiap pelusuk kota atau ceruk desa sebuah republik bergelar Indonesia.

Sekelumit karya antara jutaan yang terdapat di bumi jawa itu menambat hati lensa layarseni untuk mengabadikannya.

Bukan menyanjung atau memuja selebriti mereka sendiri tetapi di Indonesia segalanya adalah sama rata hebahannya. Tidak kira antarabangsa atau tempatan nilai berita dan populariti itu sentiasa ada di setiap jiwa mereka.

Segalanya itu diberi watak agar industri mereka terus utuh. Walau sinis di mata mereka tetapi tidak di mata dunia.

Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, September 17, 2010

Eksklusif: Lirik 'single' terbaru Altimet "Kotarayaku"

ohh, kotarayaku,
kisah seribu satu, abadi di jalananmu
ini kotaraya yang sering berkata
kalau berani ayuh mari cuba saya
siapa mahu cuba,
dicabar semua
si kota terima dengan tangan terbuka 
apa hasratnya bila ditanya
si kota hanya senyum selamba
apa kamu mahu semuanya bisa
jemput ke rumahku sila sila
di dalam hatinya banyak rahsia
banyak kisah benar ramai saksinya
ada yang gagal ada yang berjaya
ada bersahaja ada capai kerjaya
ada rezeki yang melimpah ruah
hingga kurang nasi terlebih kuah,
ada yang sial ada yang bertuah
cerita sama hanya watak berubah
di kuala lumpur
ohh kuala lumpur
kau yang tak pernah tidur
menjaga mimpi yang luntur
ohh, kotarayaku, kisah seribu satu,
abadi di jalananmu
ini kotaraya talam dua muka
katanya madu kau disuap cuka
selepas dibelai hatimu di luka
dipijak kepala lepas diberi muka
kau kan ditelan lantas diludah
pesta sementara sesal tak sudah
lampu berkelipan bikin hati buta
hidup serba laju trafik kura kura
bukan main main tapi tetap selamba
suasana berubah bila malam melanda
lihat anak muda yang tak punya
tujuan berlumba guna kuasa kuda
jangan salah laku cuba lawan syahdu
senyala lilin mengejar wap *******
ramai yang gagal bila diduga
tapi masih rama yang berani cuba
di kuala lumpur
ohh kuala lumpur
kau yang tak pernah tidur
menjaga mimpi yang luntur
ohh, kotarayaku, kisah seribu satu,
abadi di jalananmu
aku rehat sebentar, di kaki lima
yang jadi riba, melayan minda
aku sedar kota, sekadar latar
untuk opera hidup yang bermain di layar lara
ohh kuala lumpur
kau yang tak pernah tidur
menjaga mimpi yang luntur
ohh, kotarayaku, kisah seribu satu,
abadi di jalananmu


Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, September 16, 2010

Hafiz Hashim dan keluarga

Wajah riang jaguh badminton negara bersama keluarga tersayang bersempena Aidilfitri 2010.

Layarseni mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga Hafiz Hashim. Semoga beliau juga berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

All the best Hafiz Hashim.

Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, September 8, 2010

Shahrizan: Mimik kartun sejak kecil

Sejak kecil kerana terlalu banyak mengajuk cerita kartun yang ditonton, kebolehan tersebut membolehkannya untuk menjadikan karier tetap ketika dewasa.

"Isteri saya suri rumah sepenuh masa dan saya buat kerja 'Voice Over' ini pun sepenuh masa. Saya target sekurang-kurang 1 job sehari," ujar Shahrizan yang juga bapa kepada tiga anak.

Shahrizan turut memberitahu dia tidak lagi ghairah untuk melakukan 'Voice Over job' dari semua pelanggan sebaliknya hanya memilih syarikat atau agensi yang tepat membuat bayaran.

Sent via BlackBerry from Maxis

Myra: Tak pernah cuti raya sejak 2007

"Saya tak cuti raya dan saya dah tak kisah. Takpe..." Ujar Amirah Sakhia Shamsuddin mengenai erti raya baginya.

"Saya raya kat KL jer, raya kat studio sejak 2007. Tak sedih pun kecuali masa 'first time on air'," ujar Myra yang bertugas sebagai penyampai Suria FM untuk segmen 10 pagi hingga 1 tengahari.

Myra menangis kerana sayu mendengar takbir dan ketika itu tahun pertama menjalankan tugas penyampai di Suria FM ujar Myra kepada Layarseni. "Kebetulan ada pemanggil, Myra pun nangis la padanya."

Myra memberitahu, Hari Raya hanya merupakan hari biasa yang 'extra happy' setelah sebulan berjuang berkorban berpuasa. Ujarnya seperti biasa ahli keluarga akan berkumpul bersama di pagi raya dan Myra akan turut serta selepas bertugas.

"Lagi pun Myra lebih banyak mengacau daripada menolong mak Myra."

Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, September 4, 2010

"Satukan Malaysia Indonesia dengan lagu saya," Lufya AF

Impian bekas pelajar Akademi Fantasia ini yang bakal mempertaruhkan single terbarunya tidak lama lagi.

"Saya nak lagu saya menembusi pasaran Indonesia dan peminat di sana akan meminati penyanyi dari Malaysia. Semoga isu salah faham yang berlaku antara negara serumpun ini mampu terlerai," ujar Lufya yang kini turut merangka strategi pemasaran karyanya sendiri.

Lufya yang bergerak secara 'indie' memberitahu dia juga ingin memberi muzik yang tulen tanpa perlu meniru mana-mana penyanyi antarabangsa ataupun tempatan.

Katanya, tanpa perlu akur kehendak stesen yang mengejar 'rating', produk terbarunya juga diharap berjaya mengubah 'mindset' masyarakat agar lebih meningkat dan maju.

Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, September 2, 2010

Nurul Alis "Kiki" nikah Oktober

Nurul Alis Aidil Akhbar, bekas pembaca berita RTM bakal bernikah penghujung Oktober ini. Jodoh pilihan merupakan teman 'racing' yang berasal dari Australia.

"Majlis pernikahan ini insyaallah akan berlangsung di Masjid Wilayah dan temanya ialah kecil tapi indah," ujar Kiki yang masih aktif dalam perlumbaan drift.

Katanya anak-anak begitu mesra dengan bakal suami dan mereka sudah mula memanggil 'papa'.

"This guy is simple and father figure, so my children kalau dia boleh buli diaorang suka la," tambah Kiki yang menghabiskan masa di bulan Ramadhan dengan bermasjid 'hoping'.

Kiki yang akan beraya di Gombak tahun ini masih aktif melakukan tugas pengacaraan, rakaman suara dan juga aktiviti perlumbaan drift walau bergelar ibu dan bakal isteri.


Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, September 1, 2010

Ahmad Idham: KP Finas itu rezeki

Kemelut pemilihan Ketua Pengarah Finas membuatkan namanya semakin panas. Isu perlantikannya sebagai ahli lembaga pengarah Finas juga menjadi perbualan industri.

Namun bagi Ahmad Idham, kehidupan tetap harus diteruskan.

"Jadi atau tidak jadi KP Finas, saya akan terus berniaga macam biasa. Sebelum ini pun saya cari job sendiri," ujarnya yang sedikit tertekan dengan situasi yang dihadapi.

Katanya dia ingin buktikan yang bukan semua pemain industri hiburan boleh diperkotak-katikkan.

"Kalau saya jadi KP Finas, itu adalah rezeki saya walaupun saya ini dijadikan kambing hitam oleh rakan industri sendiri."

Sent via BlackBerry from Maxis

Nubhan: "Ai Mei Chuo"

Yang bermaksud "Cinta Tak Bersalah" merupakan track dalam bahasa mandarin untuk album terbarunya 'Langkah Nubhan' yang akan berada di pasaraya lepas aidilfitri nanti.

Menurut Nubhan yang merupakan bekas pelajar sekolah cina, album terbarunya mengandungi 8 buah lagu menarik buat peminat tersayang.

"Kalau formula ini berjaya mungkin boleh buat lagu versi tamil pulak untuk album seterusnya. Baru 1 Malaysia," ujar Nubhan yang turut mengembangkan bakat berlakon bersama TV9 dan RTM.

Nubhan bakal menyambut aidilfitri di kampungnya Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Turut nantikan program dan drama bersamanya aidilfitri ini.

Sent via BlackBerry from Maxis

Carta Raya Suria20: Rumah Terbuka Penyampai

Zaff Zafrina, penerbit dan penyampai Suria FM memberitahu, Suria 20 kali ini lebih istimewa kerana menghadiahkan 20 lagu raya buat pendengar tersayang.

"Selain tu kita juga menampilkan 2 lagu raya khas nyanyian penyampai Suria FM," ujarnya yang bakal menimang cahaya mata pertengahan Disember nanti.

"Segmen Carta Suria 20 kali ini juga lebih meriah, kami buat berkonsepkan seperti rumah terbuka aidilfitri sesama penyampai."

Carta Raya Suria 20 akan ke udara pada 11 September jam 10 pagi dan ulangannya pada 12 September 4 petang aidilfitri 2010.

Sent via BlackBerry from Maxis