Thursday, August 26, 2010

Heliza Helmi: Saya nak jadi pakar motivasi

Baru saja menamatkan pengajiannya di UMS dalam jurusan pendidikan terus saja menubuhkan sebuah syarikat bergelar Heliza Helmi Production.

Antara artis di bawah naungan HHP ialah Isma AF, Herman Tino, Arlyn Hafiz dan dirinya sendiri.

Heliza juga berhasrat untuk menerbitkan filem berunsur komedi islamik dan komedi seram melalui syarikatnya.

Selain bidang hiburan, Heliza kini rancak mengadakan ceramah motivasi untuk pelajar sekolah dan universiti.

"Saya berhasrat nak jadi macam Dato' Fadzilah Kamsah, sentiasa bagi motivasi dan saya juga tengah bersiap nak buat penulisan buku, juga motivasi," ujar Heliza di majlis berbuka puasa Suria FM.

Sent via BlackBerry from Maxis

No comments: