Wednesday, September 8, 2010

Myra: Tak pernah cuti raya sejak 2007

"Saya tak cuti raya dan saya dah tak kisah. Takpe..." Ujar Amirah Sakhia Shamsuddin mengenai erti raya baginya.

"Saya raya kat KL jer, raya kat studio sejak 2007. Tak sedih pun kecuali masa 'first time on air'," ujar Myra yang bertugas sebagai penyampai Suria FM untuk segmen 10 pagi hingga 1 tengahari.

Myra menangis kerana sayu mendengar takbir dan ketika itu tahun pertama menjalankan tugas penyampai di Suria FM ujar Myra kepada Layarseni. "Kebetulan ada pemanggil, Myra pun nangis la padanya."

Myra memberitahu, Hari Raya hanya merupakan hari biasa yang 'extra happy' setelah sebulan berjuang berkorban berpuasa. Ujarnya seperti biasa ahli keluarga akan berkumpul bersama di pagi raya dan Myra akan turut serta selepas bertugas.

"Lagi pun Myra lebih banyak mengacau daripada menolong mak Myra."

Sent via BlackBerry from Maxis

No comments: