Friday, November 19, 2010

Ryan Seacrest Malaysiakah?

Ada iras Edry dari kumpulan KRU juga muka brader kita ni bila sekali pandang. Beliau merupakan pengacara serba boleh yang namanya semakin utuh di persada seni negara.

Ramai rakan industri memperkatakan Awal Ashaari adalah jelmaan Ryan Seacrest versi Malaysia. Sejauh mana kebenaran itu kenalah tanya Awal sendiri.

Jolokan itu dihebahkan kerana kebolehannya dalam pelbagai bidang dalam industri seni itu sendiri. Selain pengacara, Awal merupakan seorang pelakon, penyanyi dan mungkin bakal mencuba jadi DJ radio pula.

All the best untuk Awal.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: