Sunday, October 9, 2011

Fizo Omar jadi DJ Radio

Tengah hangat dengan drama bersiri Soffiya di TV3 sekarang ini, anak kelahiran Pasir Puteh Kelantan ini mula berjinak-jinak nak jadi DJ Radio.

Tampil sebagai Selebriti jemputan segmen Breakfast@Suria Suria FM, Fizo turut berseloroh untuk menjadikan DJ Radio sebagai karier tetapnya.

"Saya dah cuba semua, model, pengacara dan pelakon, apa salahnya saya nak jadi DJ Radio pula," ujarnya selepas tamat ke udara bersama tiga penyampai utama Breakfast@Suria iaitu Halim Othman, Shiera dan Zizi.

Rasanya, ini masa yang sesuai untuk Hot FM merisik beliau kerana kebetulan radio hangat tersebut sedang mencari penyampai yang juga boleh bertutur dalam dialek pantai timur.

Good luck untuk semua!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: