Saturday, May 21, 2011

Mustafa Vokalis Debu: Puisi berlagu lebih diterima orang muda berbanding ceramah

Kumpulan Debu sangat terkenal di Indonesia. Memilih world music sebagai genre adalah kena dengan jiwa mereka dalam menyampaikan mesej berunsur kerohanian.

Mustafa, pengasas dan penyanyi utama Kumpulan Musik Debu ini memberitahu, ayahnya merupakan pendakwah di Indonesia, namun baginya dakwah dalam puisi dan syair lebih mudah diterima oleh golongan muda di sana.

"Keluarga kami berasal dari New York dan kini berpindah dan menetap di Jakarta. Kami tiada asas bermain muzik tetapi kerana minat ianya semakin mudah," ujarnya yang mencintai alat muzik Gambus selain fasih berbahasa melayu Indonesia.

Kumpulan Debu kini semakin menempa nama di Malaysia selepas menyertai Konsert Islamic Song Festival pada April 2011. Selain terkenal di seluruh dunia, mereka juga dalam rangka perancangan bersama badan korporat tempatan untuk mengadakan Konsert Jelajah Malaysia dalam masa terdekat.

Maklumat lanjut layari www.musikdebu.com

Sent by Maxis from my BlackBerry®

No comments: